Hi
Lama sudah nda tulis ini blog. Rindu bah sama ini blog.
Ceh ceh cakap sabah pulak haha. Sekarang dah masuk tahun 2014 dah.
Berbagai-bagai rintangan yang dah aku lalui. Terima kasih 2013 atas segala kenangan-kenangan yang indah.
Bersyukur juga ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk hidup sampailah ke hari ini.
Sekarang jugak aku dah masuk form 3. Semuanya okay je.
Tapi ada satu perkara yang buat aku sedih. Sedih sebab tak dapat banggakan ibu ayah.
Yang aku tahu cuma nak malukan parents je hm. Aku dah turun kelas.
Sampai ke kelas D aku masuk. Bayangkanlah daripada darjah 3 aku asyik masuk first class je.
Tup-tup masuk kelas D. Haaa hamik kau.
Terkejut terus. Aku masuk kelas D bukan sebab result aku semua teruk-teruk.
Tapi ada satu subject killer yang buat aku fail. Iaitu maths.
Ugh aku memang lemah bab matematik ni. Aku dapat markah 33.
Teruk kan. Aku tak salahkan sesiapa.
Tak salahkan cikgu. Jauh sekali nak salahkan parents.
Maybe ni semua salah aku sebab tak reti nak ulangkaji. Aku tahu ada hikmah di sebalik semua ni.
Allah nak uji aku. Mungkin selama ni aku tak endah pasal pelajaran.
Dan sekarang baru aku sedar. Betul ada hikmah disebalik kegagalan aku.
Allah itu maha adil. Dan aku dah tanamkan dalam hati yang aku nak belajar 'cintakan' maths.
Mana boleh selama-lamanya tak suka math. Dan tiap-tiap malam ayah bersemangat ajar aku maths.
Dia nak aku berjaya. Bukannya nak seksa aku ke apa.
Sebab ibu dan ayah nak masa depan aku cerah. Ada pekerjaan yang bagus.
Bila tengok cara ayah ajar aku, nampak sangat dia nak aku berjaya. Aku rasa bersalah kat ayah and ibu.
Dan satu hari nanti, aku nak banggakan ayah dan ibu. Ayah selalu cakap 'KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KITA PUN PASTI BOLEH BUAT'
Itulah kata-kata yang aku pegang sampai sekarang. Semuanya tak mustahil.
KALAU ENGKAU JATUH
JANGAN ENGKAU LEMAH KERANA HIDUP
MENGAJAR KITA JANGAN CEPAT MENGALAH
Sekian, terima kasih.
'BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. SAYA BERDOA SEMOGA SAUDARI NURIN IZZATY BINTI NORSALLEHIN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. AMIINN YA RABBAL ALAMIN.'
No comments:
Post a Comment